Quantcast
Channel: Sinar Raudah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

Suami offer Samsung Galaxy Note II

$
0
0


Shopping! semua perempuan bila sebut pasal shopping..pasti suka kan?? Termasuk la dengan aku. Dah lame sangat rasanya aku x shopping.Tahun lepas boleh di kira dengan jari, berapa kali je aku kuar pergi shopping. Ini kerana tahun lepas adalah tahun aku belajar untuk mendisiplinkan diri. Papaboo aka en.hubby, selalu sangat cakap aku nie boros. Kaki tangan akan mengeletar kalau x dapat gi shopping... Kalau sakit pun boleh baik kalau dengar kata nak shopping. Perghhh!! Tercabar kau.. maka aku buktikan padanya yang aku juga mampu berubah.

Alhamdulillah aku berjaya buang tabiat buruk aku tue. Setahun aku menahan nafsu dari berbelanja yang bukan-bukan.. Kira kali nie betul-betul nekad la nak berubah dan hasilnya, aku dapat menabung dengan begitu disiplin sekali.. hahahaha! ayat bangga kau?? saja nak bagitahu hubby sebab sebelum ni dia selalu sangat komplen tapi bila aku dah berubah x de pulak dia nak puji hahahaha....

Ada juga aku cakap kat hubby baru nie, mama dah menyimpan papa x de pun nak cakap 'bagus ke..ok ke sebab dah boleh menyimpan dan bla bla bla..kira ayat yang boleh menyedapkan hati la.. tapi dengan slumber hubby jawab 'kalau nak buat sesuatu perkara biarlah ikhlas tapi bukan kerana minta di puji' adushhhh!!! kan dah kono.. hahahaha! hamek kau.

Bukan pe, bila time aku buat salah bukan main lagi hentam tapi bila aku dah berubah senyap je.. x nak la kata apa-apa...'hubby senyum je bila aku cakap gitu'... dalam hati ada rasa sedih gak.. kononnya la hahaha!

Baru nie adik datang sini, aku minta izin hubby bawa adik jalan-jalan sambil shopping dan hubby pun izinkan. Aku ada cakap gan hubby nak beli baju.. baju dah x de nak pakai.. hubby xde cakap apa pun just dia sent gambar melalui whatsapp ( boleh lihat di bawah ).... tersenyum kejap aku lihat gambar yang di hantar lalu aku membalasnya.. perli ke apa ni... dengan rasa bersalah hubby cuba explain.. xde niat nak perli ke apa.. cuma nak bagitahu hakikatnya... hahahahahaha!
Ada betulnya juga kan????

Gelak besar kejap. ok xpe kita tunggu waktu yang tepat baru balas balik. Aktiviti shopping jalan seperti yang di rancang. time tue berdua gan adik je.. Niat yang pada mulanya nak beli baju terpaksa di batalkan.. tukar beli kasut dan beberapa keperluan lain.

Keesokan harinya kami nak keluar bertiga pergi jalan-jalan. Setengah jam aku mencari baju nak pakai. Semua baju yang aku kenakan di badan tidak di persetujui oleh hubby. Ketat la! lengan pendek la! senteng la!.. So time tue apa lagi kasi hantam cukup-cukup la...

'Sebab tue la mama nak beli baju.. kebanyakkan baju semua papa dah x kasi pakai.. habis camner' hubby senyummmmmmmmmmmmmmmmm...... dushhh! kan dah kono balik hahahahahaha!...

Mungkin ada rasa bersalah tiba-tiba kelmarin balik dari keje hubby tanya. nak galaxy note 2 x???? wah mimpi apakah suami ku sampai nak belikan hp baru untuk isterinya.. Aku yang tersenyum manja, aceh manja la sangat sambil berkata ' nak belikan ke'?? belum sempat hubby jawab aku sendiri yang jawab.. buat masa ni x de rasa nak beli hp baru lagi.. 2k lebih rasa macam membazir je.. Wah! bangga laki aku dengar kejap.. sejak bila isterinya dah pandai tolak pelawaaan nie..

Tapi tue la, kalau hubby x buat camtue maybe sampai sekarang aku x berubah.. boros habiskan duit dengan benda yang tak berfaedah.. kadang yang ada pun x guna lagi dah nak beli yang baru.. terlalu ikutkan nafsu... harap pasni aku akan terus berubah.. chaiyokkkkkk amy! and thanks hubby..





Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

Trending Articles