
Status akhir arwah, Mohd Khairol Azmi Jaafar

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat. Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan. Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat.
Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Info suspek : Nouri Ramli Atau ( Norin Ramli )
Suspek merupakan penyanyi zaman awal 2000 dan merupakan artis dibawah naungan Aria Artiste Sdn. Bhd., syarikat yang diuruskan oleh komposer Johari Teh dan Lisa Aryanti pada tahun 2000. Dia merupakan anak kelahiran Merlimau Melaka dan pernah memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik Malaysia.

Gambar suspek, Nouri Ramli bersama arwah suaminya yang dipercayai mati dibunuh
SUMBER :Wanista