As'salammualaikum w.b.t...
Sayu hati pagi nie apabila menerima berita yang kurang baik. Salah seorang customer aku telah kembali ke rahmatullah petang semalam. Arwah merupakan salah seorang customer yang sangat close dengan aku. Walaupun hanya kenal di alam maya tapi terasa seperti sudah lame kenal..
Perkenalan awal kami sekitar tahun 2011 menerusi laman facebook. Time tue arwah nak beli gadget dengan aku. Arwah nak sangat pakai iphone 4s. Di sebabkan terlalu excited, banyak la soalan-soalan mengenai handphone tersebut yang di tanya kepada aku. Aku nie bukan arif sangat bab gadget, kalau ada yang aku rasa x pasti.. aku lebih selesa jawab x tahu je..
Walaupun banyak soalan yang aku x dapat jawab, tapi arwah tetap jadikan aku sebagai tempat rujukannya.. Kalau ada sesuatu perkara mengenai gadget, pasti arwah akan mesej aku samaada di telifon mahupun di laman facebook... Dan kerana kepercayaan beliaulah, aku jadi bersemangat dan bersungguh-sungguh belajar lebih lanjut mengenai gadget...
Dari hanya seorang customer nak beli handphone akhirnya menjadi kawan rapat. Ramai juga customer yang di perkenalkan oleh arwah kepada aku. Kalau ada rakan-rakan nak beli gadget, pasti arwah akan rekmen beli dengan aku. Serius walaupun x pernah jumpa tapi aku tahu arwah seorang yang baik.. menepati janji dan sangat jurus orangnya.
Hari nie bila dapat berita yang adik iju dah x de.. aku rasa terkejut sangat. Arwah pergi di usia yang masih muda. Tadi sempat juga aku menelifon seorang lagi customer yang pernah membeli galaxy tab yang di jual oleh arwah... memberitahu akan berita sedih ini...
Mesej pertama arwah kepada aku...
Ini pula mesej terakhir daripada arwah

Gambar yang di upload oleh arwah pada isnin lepas

Jenazah arwah yang akan di bawa pulang ke kampung halamannya..
Arwah di katakan mengidap penyakit jantung sejak dari kecil lagi..

Allahyarham adik Izzul Asyaraf Bin Hasyim
yang telah kembali ke Rahmatullah lepas maghrib semalam..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah
semoga rohnya ditmpatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat....