Quantcast
Channel: Sinar Raudah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

Pak Guard hospital putrajaya yang tak ada timbangrasa

$
0
0

Salam Jumaat uollsss...

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak berita yang kurang baik aku terima. Terbaru mak saudara hubby aka adik kepada mother in law, di khabarkan tidak sihat dan telah di masukkan ke hospital putrajaya beberapa hari yang lalu. Beliau mengidap gastrik yang teruk sehingga berbulan-bulan lamanya tiada selera makan. Bayangkan la dari badan berisi , kini tinggal tulang je.. Lebih berapa puluh KG turun. Setiap kali masuk makanan pasti akan keluar semula..

Last aku jumpa mak cik masa buat bbq time raya cina hari tue. Nampak keadaan beliau yang lemah tapi beliau tetap gagahkan diri untuk join family gathering tue. Aku x banyak sangat menyembang kerana time tue terlalu busy menyediakan makanan dan melayan tetamu. Cuma sesekali kalau masuk ke dalam rumah, barulah dapat menyembang kejap dengan beliau...Sedih lihat keadaan beliau.

Selepas jalani ultrasound dan ctscan beberapa hari lepas.. mak cik di sahkan mengidap kanser usus.. Dan pagi ini, kami menerima berita yang mengejutkan apabila bapa saudara memberitahu yang mak cik sudah tidak sedarkan diri dan pihak hospital minta membawa mak cik untuk pulang ke rumah. Hari ini mak cik akan di bawa pulang ke Kota Bharu dengan bantuan ambulans.

Aku sempat menelifon adik memberitahu akan berita ini. Selepas di beritahu adik terus menuju ke hospital untuk melihat mak cik tapi malangnya adik tidak di benarkan melawat. Adik cuba terangkan kepada pak guard yang bertugas untuk membenarkan dia melawat sebelum mak cik di bawa pulang. Tapi pak guard terbabit tetap berkeras tidak mengizinkan adik masuk...

 Adik cuba minta kebenaran di kaunter, alhamdulillah mereka mengizinkan adik untuk masuk tetapi mendapat tentangan daripada pak guard. Sedih sekali dengan sikap pak guard terbabit.. Adik dah cuba terangkan, mak cik dalam keadaan tenat dan akan di bawa pulang ke kampung jadi dia hanya minta kebenaran untuk melawat sekejap je tapi jawapannya tetap sama.. tunggu time waktu melawat. Akhirnya adik pulang ke office dengan hampa sekali.

Serius terkilan sekali dengan sikap pengawal keselamatan terbabit. Langsung xde timbangrasa Bertolak ansur la sikit. Bukannya ramai pun yang nak masuk melawat.. cuma adik sorang je.. Macam mane lah kalau perkara sebegini terjadi pada ahli keluarga beliau.. Apa beliau akan rasa... tak faham sungguh la..


P/s:  Mohon kawan-kawan doakan agar mak saudara ku sihat kembali seperti sedia kala...











Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

Trending Articles