
Sebelum memulakan bicara, aku ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri aku. Bukan niat aku nak berselindung ataupun buat uolss terasa hati, marah , tersinggung dengan perbuatan aku tapi percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya.
Alhamdulillah hari nie setelah mendapat keizinan daripada hubby maka aku cuba jelaskan segala teka teki sebelum ni.. Terasa lapang sekali dada bila semuanya sudah di jelaskan. Maybe ada di kalangan mereka yang tidak faham kenapa dan mengapa aku berbuat begitu...
Serius memang aku rasa x tenang.. rasa serba salah setiap kali aku di ajukan soalan yang sama.. sehinggakan ada yang sanggup mesej aku cakap bukan-bukan, marah-marah hanya kerana tidak kongsikan bersama mereka. Ada yang perli, ada yang x puas hati, ada yang ingat khabar yang mereka terima itu hanya rekaan semata-mata.. Sampaikan ada yang sanggup jumpa aku semata-mata nak lihat sendiri kesahihannya.
Actually aku dah biasa berdepan dengan orang dan situasi macam ni. Kalau dalam tempoh yang lame aku boleh bersabar , kenapa tidak dalam waktu-waktu begini. Tapi tue la, kalau lagi di simpan, lagi di pendam aku rasa stress pulak dengan cemuhan orang. Mak pun ada cakap bagi la clear semua nie supaya tidak ada lagi hati yang terasa.
Tapi tue lah, selagi aku tidak mendapat keizinan daripada suami maka perkara ini akan terus menjadi teka teki semua. Mujurlah suami faham situasi aku dan akhirnya suami mengizinkannya. Thanks papaboo...
So aku harap dengan penjelasan ini, semua pihak akan berpuashati.. terutama sekali saudara mara yang jauh mahupun yang dekat. Buat masa sekarang hanya ini saja yang dapat aku kongsikan dengan semua. Doakan yang baik-baik saja buat aku. Bila sampai masanya nanti , aku pasti akan kongsikan pada kalian semua.. Pengalaman lalu banyak mengajar aku lebih berhati-hati.
Harap uollsss faham dan hormati keputusan ini. Dan aku harap tiada lagi kata-kata sindiran atau salah faham uolsss kepada aku selepas ini.. Cukup la yang dah lepas.. Aku sudah pun memaafkan kalian dan sikit pun tidak simpan di dalam hati. Aku harap uolsss juga begitu. Maaf sekali lagi dari aku..