Quantcast
Channel: Sinar Raudah
Viewing all 45 articles
Browse latest View live

Perdana Menteri mengumumkan 10 perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam

$
0
0


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' 10 perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian

- Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilio
- Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST)








Tender bersepadu kenderaan lucuthak kastam

$
0
0

Untuk makluman 

Tender Bersepadu Kenderaan Lucuthak Kastam Bil. 1/2013 akan dibuka kepada orang awam mulai 11 Mac 2013 (Isnin) sehingga 2 April 2013(Selasa). Iklan melalui akhbar Utusan Malaysia, Harian Metro, New Strait Times dan Sin Chew Jit Poh akan disiarkan pada 11 Mac 2013. Untuk melihat senarai penuh kenderaan dan gambar-gambar kenderaan tersebut anda boleh melayari laman web www.customs.gov.mymulai 11 Mac 2013 pada pkl 10.00a.m. Borang-borang tender juga boleh didapati di pejabat Kastam yang menyertai tender tersebut mulai 11 Mac 2013.







Bakal bergelar ibu.. Alhamdulillah kemanisan sesudah sebuah penantian

$
0
0

As'salammualikum w.b.t...

Salam pagi Isnin buat teman-teman semua. Hari ini terasa seperti ingin kongsikan sesuatu dengan kalian semua.. Syukur alhamdulillah.. itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut aku dan suami tatkala mengetahui yang aku di sahkan hamil...Gembira tidak terkata.. Hanya Allah s.w.t saja yang tahu macam mane perasaan kami ketika itu. Ye lah setelah hampir 4 tahun menanti dan beberapa kali di uji sebelum ini , akhirnya aku berkesempatan untuk hamil lagi. Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah kabulkan doa kami...

Syukur Alhamdulillah...

Serius pada awalnya aku x menjangka yang aku sudah berbadan dua.. Walaupun sejak kebelakangan ini berlaku perubahan pada diri aku. Aku pernah update status berkenaan dengan perubahan diri aku. rata-rata rakan-rakan semua mengatakan yang aku sudah berisi/ berbadan dua. Time tue memang aku x yakin sama sekali, kerana dalam tempoh itu aku masih tidak merancang apa-apa ke arah itu. Kiranya,masih dalam tempoh berehat.. Nak pastikan yang rahim aku betul-betul cukup kuat. X nak pengalaman lama berulang kembali...

Setelah berfikir panjang.. akhirnya aku mengambil keputusan untuk buat UPT. Sebelum tue aku ada cakap dekat hubby.. Apa pun keputusannya kita redha je..  Kalau ada ALHAMDULILLAH if x de kita cuba lagi.

Sebenarnya ia lebih kepada nak sedapkan diri sendiri je.. x nak hubby atau aku terlalu mengharap, walaupun pada masa tue aku sudah lewat period hampir 2 minggu. Hubby jawab , dont worry dia ok.. apa pun keputusannya dia terima dengan hati terbuka.. tapi malangnya aku pulak yang x berapa yakin..

9/10/2012 - Kurang keyakinan pada diri

12/10/2012 - 9.56 am 

Bayangkanlah pada hari yang sepatutnya aku buat upt, aku terpaksa mengambil masa yang lame untuk melakukannya. Dari subuh sampai dah dekat pukul 10 pagi baru aku berani lakukannya... Alhamdulillah aku cuba mengumpul segala kekuatan untuk buat Upt dan keputusannya dua garisan terhasil dengan begitu terang sekali.

Tiada kata yang dapat di ungkap melainkan bersyukur pada yang maha esa kerana telah memakbulkan doa aku. Hubby yang berada di luar bilik mandi menunggu dengan penuh sabar. Apabila upt di tunjukkan kepadanya, hubby bangun sambil menadah tangan dan mengucapkan syukur pada Allah.. Terpancar kegembiraan di wajah hubby. Tapi aku masih rasa takut-takut lagi...

Berita gembira ini di kongsikan bersama ahli keluarga tapi dalam waktu yang sama kami tetap ada rasa risau.. risau dengan apa yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini. Di sebabkan itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menghebahkan berita gembira ini sehingga kandungan aku betul-betul kuat...

Sejak di sahkan hamil, aku mengambil keputusan untuk stop dari melakukan sebarang kerja.. samaada kerja bangla mahupun bisness online. Tambahan pula di awal kehamilan aku mengalami alahan yang teruk. Kalau ada yang perasan sebelum-sebelum ini aku banyak update status mengenai kesihatan dan jarang-jarang sekali dapat lihat aku online.. sehinggalah alahan hilang, barulah aku kembali aktif di laman sosial.

Aku tahu, ada sesetengah daripada rakan-rakan yang dapat mengagak yang aku sudah hamil tetapi aku menafikannya dan cuba mengelak dari menjawab. Aku minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan tindakan aku.. bukan niat aku untuk menipu atau memyembunyikan berita gembira ini daripada semua tapi percayalah apa yang aku lakukan adalah demi untuk kebaikan aku dan juga kandungan aku. nak lebih jelas boleh lihat di entri ini ---> Terasa lapang sekali dada apabila mendapat keizinan daripada suami...

Aku harap rakan-rakan serta saudara mara faham akan situasi aku. Aku cuma perlukan masa yang sesuai untuk kongsikan semua ini. Dan hari ini aku rasakan sudah sampai masanya aku kongsikannya di sini... Doakan aku dan juga kandungan aku selamat sehingga melahirkan...


************************************************************


Sejak aku kongsikan berita gembira ini di laman facebook, ada beberapa mesej yang aku terima dari rakan-rakan minta aku kongsikan tips atau petua serta ikhtiar selama 4 tahun menanti.. InSha Allah akan aku kongsikan di sini nanti buat rakan-rakan yang masih menanti cahayamata...apa pun sabar dan redha itu penting..Ingat!!! Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat. Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat.. 
Percayalah ;)


Salah satu mesej yang di terima..


















Perkembangan janin dari minggu ke 7 hingga minggu ke 30 kehamilan

$
0
0

As'salammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah lepas melakukan upt di rumah dan keputusan menunjukkan positif maka haruslah mendapat pengesahan doktor. Mane tahu kot-kot upt tue x betul ke?? sebab time aku buat upt tue dah lewat gara-gara x berapa yakin. Orang kata kalau nak dapatkan result yang tepat, kita kena buat upt pada awal pagi iaitu air kencing yang pertama seawal pagi.

Petang tue hubby call kakak saudara yang bertugas di HUSM untuk memberitahu akan hal ini dan meminta beliau mengaturkan temujanji dengan doktor. Hubby tidak mahu aku menjalani pemeriksaan di klinik biasa berikutan rekod perubatan aku ada di husm. 

Keesokan harinya kakak saudara memberikan tarikh temujanji. So aku bersama hubby ke husm dan berjumpa dengan doktor yang selama ini merawat aku. Kira dekat 4 tahun la doktor nie menjaga dan merawat aku. Syukur kerana beliau sangat baik sekali dan x pernah jemu melayan kerenah aku yang sedikit cerewet hihi..

Doktor yang di maksudkan adalah Prof. Adiba.. Pakar sakit puan husm. Dari kehamilan pertama aku sehinggalah kehamilan yang ke 4 ini. Beliaulah yang banyak bagi kata-kata semangat pada aku. Thanks prof. ---> tapi aku x pernah panggil prof. pun sebab setiap kali ada temujanji aku mesti panggil doktor hihi...

Scan pertama pada 17/10/2012 - 7 weeks

Masuk bilik prof. beliau dah tersenyum lebar sambil hulurkan tangan mengucapkan tahniah pada aku dan hubby. Perasaan time tue x tahu nak cakap suka atau apa?? tapi yang pastinya aku takut dan risau sekali...

Di sebabkan aku telah melakukan upt di rumah dan result yang di tunjukan cukup jelas, maka prof tidak meminta aku untuk melakukan upt sekali lagi tetapi sebaliknya melakukan ultrasound. Saat melakukan ultrasound ada sedikit suspen di situ, apabila prof tidak menemui apa-apa di dalam rahim ku..

Perghh! cemas gila time tue, sampai aku cakap pada prof. upt tue salah kot tapi kenapa saya x period lak?? Hampir 5 minit juga la than baru nampak. Ini disebabkan rahim aku yang retroverted so agak sukar untuk melihatnya. Alhamdulillah.. bila dapat lihat baru rasa lega sangat.. 

Ok lepas pada tue, baru prof periksa pintu rahim aku pula. Samaada perlu di ikat atau sebaliknya.. Kenapa rahim/peranakan aku perlu di ikat nanti akan aku kongsikan di entri yang lain ---> sharing is caring kan???


Bila tiba masa buat buku merah, aku agak pelik.. kenapa la aku punya pakai kad gini tapi kakak ipar aku pakai buku merah. Rasa pelik lalu aku bertanya kepada prof. Biasalah orang cerewet kan, asal nampak pelik sikit semua nak tanya...

Selepas di terangkan barulah aku faham kenapa dan mengapa.. Patut la setiap kali temujanji/check up aku akan terus berjumpa dengan prof dan tidak melalui nurse. Kira prof as a personal doctor aku la. Apa-apa saja yang berkaitan dengan kesihatan, aku akan terus rujuk prof. 

* Nama yang tercatat di atas kad ini adalah nama sebenar aku ye.. jangan pulak ada yang cari nama amy syaquena hihi.. Di belah belakang kad ini pula ada tertulis tahun dan usia kandungan aku semasa keguguran dulu beserta sedikit catatan.

Scan kedua pada 5/12/2012 - 14 weeks

Scan kali kedua nie prof dah mula remainkan aku agar banyakan berehat, tidak melakukan kerja-kerja berat,stress dan travel jauh. Tapi dik kerana degil yang melampau dalam senyap aku travel juga.. Tawakal je sebab beberapa hari lepas check up tue aku harus terbang ke Palembang... Syukur alhamdulillah semuanya baik-baik aje...

Scan ketiga pada 3/1/2012 - 18 weeks 5 days

Scan keempat pada 14/2/2013 - 25 weeks
Time nie baru tahu jantina baby...

Scan kelima pada 21/3/2013 - 29 weeks 6 days

Dah mula kira pergerakan baby...

Syukur Alhamdulillah!!














Cervical Cerclage.. Mengikat pangkal rahim/peranakan buat sementara waktu

$
0
0

As'salammualaikum w.b.t...

Hurmm.. hari nie aku nak kongsikan sedikit info mengenai Cervical Cerclage atau mengikat pangkal rahim mengikut pemahaman aku. Mengikat pangkal rahim/peranakan, bukanlah beerti menutup kilang dari terus beroperasi tetapi sebaliknya menutup kilang untuk buat sementara waktu.

Kes begini selalunya terjadi kepada mereka yang mempunyai masalah rahim terlalu lemah seperti aku. Kebanyakan orang yang mempunyai masalah rahim terlalu lemah nie akan berdepan dengan risiko keguguran. Tambahan pula kalau ianya kerap kali berlaku. Selain daripada masalah rahim lemah, ia juga berpunca daripada masalah rahim yang pendek dan terlalu banyak mengangkat barang berat sehingga menambah tekanan pada perut dan menolak baby kebawah.

Pangkal rahim yang kuat hanya akan terbuka apabila baby sudah cukup matang tapi berbeza pula dengan orang yang memiliki pangkal rahim yang lemah. Apabila baby sudah membesar, akan ada tekanan berlaku dan menolak pangkal rahim tersebut..Pangkal rahim yang lemah akan mudah terbuka. Jadi bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku ke atas baby, maka pangkal rahim yang lemah akan di ikat/di jahit buat sementara waktu sehingga kandungan betul-betul kuat..

Kebiasaanya pangkal rahim akan di jahit dalam minggu ke 14 - minggu ke 18 kandungan. Ini adalah untuk menampung berat baby daripada turun ke laluan. Jahitan dan ikatan tersebut akan di buka semula apabila kandungan telah mencecah minggu ke 36 - minggu ke 38 dan bergantung juga pada keadaaan baby dan ibu.

Hrmm..begitulah yang harus aku lalui apabila prof. sebelumnya menyarankan aku agar mengikat pangkal rahim sekiranya aku di sahkan hamil lagi bagi mengelakan perkara yang sama berulang kembali. Tapi tue la kuasa Allah x siapa tahu. Setelah menjalani pemeriksaan di pangkal rahim. Ternyata aku tidak perlu mengikat pangkal rahim, malah aku dapat meneruskan kehamilan ini seperti biasa. Syukur alhamdulillah.
















Aura White Beauty ada KKM ke???

$
0
0


Saya mendapat banyak pertanyaan dari pembeli saya, Adakah Aura White mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi saya pun mengambil iniasiatif untuk membuat sedikit research..(ecehh dok kaji2 lak hamba ni) mengenai isu berkenaan untuk kepuasan customer saya.Semestinya apabila kita nak consume sesuatu makanan,minuman kesihatan atau ubat-ubatan kita perlu/wajib selidik dan kaji dulu produk berkenaan adakah selamat digunakan atau beracun buat kita.

Jadi, Aura White macam mana ye? Ada kkm ke tidak? Jawapannya, Tak ada..Ermmm...Awat hampa semua takut ka. Sat-sat jangan takut dulu naa..Meh baca dulu apa yang kak hampa ni dah buat reseach untuk pengetahuan kami dan hampa semua.Jom pakat baca..Tak mau tak paa...hehehe...

Semua produk farmaseutikal/kosmetik termasuklah supplemen kesihatan dan persediaan traditional perlu berdafar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah(PBKD) dan mendapatkan kelulusan daripada KKM sebelum dipasarkan di Malaysia. Dalam bahasa mudahnya segala produk berbentuk tablet atau kapsul wajib mendapatkan kelulusan KKM sebelum dipasarkan.

Ubat-ubatan ini dikategorikan kepada 2 jenis iaitu ubat terkawal dan ubat am. Ubat terkawal adalah ubat yang diperolehi dengan preskipsi dari doktor.Contohnya ubat darah tinggi atau ubat kencing manis. Manakala Ubat am pula adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskipsi doktor. Contohnya ubat supplimen kesihatan atau vitamin.

Kenapa Aura White Tiada Kelulusan KKM?
Pertama sekali perlu faham bahawa Aura White adalah minuman kesihatan bukannya produk berjadual macam vitamin/ybat-ubatan. Ia dikalsifikasikan sebagai produk makanan/minuman. Oleh yang demikian, produk ini secara automatiknya dikawal oleh Pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Makanya, apa-apa produk makanan/minuman kesihatan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Kerana produk seperti ini diselia di bawah Akta Makanan. Sama seprti produk Herbalife dan Innershine yang berdaftar dengan Akta Makanan.

Produk makanan/minuman kesihatan perlu mendapatkan kelulusan dari GMP Manufacturing, buatan malaysia dan yang paling PENTING mendapatkan status HALAL dari JAKIM MALAYSIA (bukan HALAL dari THAILAND ok)..

Produk ini, 100% menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan tambahan. Tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarfna atau perisa tiruan,bebas hormon,steroid dan bahan kimia.

Dah baca dan dah tau pasai pa..Jadi, boleh la anda-anda yang mana nak mencubanya mencuba tanpa was-was lagi..hehehehe...

Sumber : www.pharmacy.gov.my

Berminat untuk dapatkan produk ini, boleh klik SINI harga serendah RM120 1 jar beserta 5 free gift dan free postage... Belian secara borong juga di sediakan.. Jom dapatkannya sekarang! Market price RM150. You save RM30 :) HURRY UP!











Review Blogger.. Terima kasih dan saya mohon maaf pada semua

$
0
0

Assalammualaikum w.b.t...

Ya Allah kenapa la susah sangat aku nak update belog ni.. Semakin hari semakin sepi teratak Sinar Raudah ku ini... Sumpah rindu gile nak membebel kat sini tapi apakan daya, penyakit M sudah semakin kritikal dalam diri ku ini hu hu!

Hari ini x de apa yang nak di ceritakan cuma sekadar nak kongsi sedikit pengalaman dengan uollsss semua, pahit manis sepanjang aku berblogging.. Wah! dah macam nak bersara lak.. Maybe? Kalau dah kekangan masa, mungkin belog ini akan di lupakan terus... Oh Tidakkkk!!! sayang dowh! Banyak kenangan manis sepanjang aku berblogging dan x lupa juga yang pahit sama. Uhuks! x mau cerita yang pahit sebab ia akan buat aku sakit hati.. Acecece! sakit hati lagi ke Puan Amy..

Firstly aku nak kongsi macam mane aku boleh terjerumus dalam dunia belog nie.. Pada awalnya ia sekadar suka-suka atau orang kata syok sendiri je.. Aku update belog, en.hubby baca.. itu je la keje aku setiap hari tapi bila dah lame-lame, dah ada pembaca.--> ada ke, ahaks? kenal ramai blogger yang ramah dan baik hati, semangat untuk berbelog tue semakin berkobar-kobar... Setiap hari ada je aku nak merapu kat sini. Serius rindu gile saat tue...

Perkenalan di alam maya memang suatu yang sangat berharga bagi aku. Di tambah pula,rakan-rakan maya sangat baik malah perkenalan yang tidak pernah bersua muka ini, ibarat seperti sudah kenal bertahun-tahun lamenya... Aku selesa berkongsi cerita, kisah suka dan duka.. Berkongsi pengalaman, minta pendapat dan nasihat..

Pernah satu ketika tue aku di tegur oleh salah seorang blogger.. Ingat lagi time tue, DP aku tidak memakai hijab lalu ustaz Razak menegur aku dan selepas pada tue baru Mak aka Kak cik Seroja menegur dan memberi nasihat.. Aku terima teguran itu dengan hati terbuka dan aku ambil teguran itu untuk perbaiki diri aku. Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku tidak lagi memaparkan gambar tidak berhijab ---> kecuali komen-komen lame di belog rakan-rakan, memang aku x boleh buat apa... Malah aku juga berazam untuk terus berhijab hingga ke akhir ini... See, untungnya dapat kenal dengan mereka kan???

Masih ingat lagi, satu ketika dulu aku pernah luahan perasaan aku pada Kak Zakie berkenaan hubungan aku dengan kakak tiri aku. Banyak nasihat yang aku dapat dari beliau. Begitu juga dengan blogger Panglima 7, kalau aku sakit beliau sering tinggalkan komen berbentuk ayat-ayat Al Quran yang boleh aku amalkan sebagai pendinding diri..

Tak lupa juga blogger Ozzy yang banyak bagi komen-komen membina pada aku. Blogger Atuk PHD yang sangat ramah dan suka berlawak jenaka... Blogger Eelobor yang suka menyakat aku dan secara tak langsung aku juga dapat berkenalan dengan sahabat beliau Harris Haron.. Malah En. Hubby juga turut mengenali mereka begitu juga dengan aku turut mengenali isteri mereka...

Indah sungguh perkenalan di alam maya nie.. Tat kala aku memerlukan teman yang ikhlas dan jujur aku ada mereka-mereka di samping aku.. walaupun aku tidak pernah bersua muka dengan mereka tapi aku tahu mereka ikhlas dan jujur dalam persahabatan..

Tiada kata yang dapat di ungkapkan melainkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada semua. Terutama sekali pada blogger sarah najwan aka Kak Zia yang banyak membantu aku dari awal kehamilan sehingga la nak melahirkan ini. Serius rasa terhutang budi sangat dengan kak Zia.. Seorang guru dan seorang ibu yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan tips-tips berguna untuk aku yang baru nak bergelar ibu...

Terima kasih juga pada kak Anyss yang banyak bagi kata-kata semangat pada aku di kala aku down.. Serius ia sangat sangat membantu aku dan x lupa juga di kala aku mengidam nak makan sambal udang, kak Anyss sanggup poskan paste udang untuk aku. Bukan ibu mengandung yang makan banyak tapi sebaliknya en.hubby. Sepanjang makan asyik cakap sedap! sedap! amboi macam wife dia masak x sedap pulak ahaks! acecece.... x de la gurau je.. Terbaru kak Anyss juga ada berikan aku sebuah buku panduan bagi wanita yang baru menjadi Ibu.. Thanks kak Anysssss ia sangat membantu saya....

Aku juga ada kak Ayu citarasa rinduan yang banyak berkongsi suka duka bersama.. Ya! kami sangat rapat malah perjalanan hidup kami juga hampir sama.. Kami mempunyai sikap yang sama iaitu tidak pernah mengaku kalah. Kak ayu love you ketat-ketat.. Ingat kak ayu kena kuat dan sentiasa berfikiran positif, insha Allah satu hari satu masa akan sampai waktu itu..percaya lah!

Tak lupa juga kak Azie Azah, seorang blogger yang gile-gile.. Sumpah aku suka sangat cara kak azie. rasa happy je bila dengar dia membebel hihi... Bukan aku je tau , baru-baru ni ada terperasan en.hubby dok sibuk skodeng satu blog ni.. khusyuk dan tawaduknya dia membaca sehinggakan aku yang berada kat sebelah menyapa pun dia x endah.. Sekali ku lihat, Wahhhh!! belog kak Azie, sejak bila pulak en.hubby jadi pembaca setia belog kak Azie nie hihi.. cemburu kejap di situ... padan muka sapa suruh x nak update belog kan hahaha!

Sepanjang aku berbadan dua nie aku sangat sangat takut lihat page blogger Ida mahmud.. Aku x tahu kenapa dalam banyak-banyak orang yang suka upload gambar makanan mesti makanan yang di upload oleh kak Ida juga menjadi perhatian aku... Asal tengok je makanan mesti aku teringin. kes tengok sambal udang kak ida la aku jadi mengidam teruk hahaha! kelakaw tol..mujur kak anyss ada.. pastu tergoda lak gambar karipap kak azie, jenuh pulak gi mencari rupa cam karipap kak Azie.. Alhamdulillah dapat walaupun bukan dari air tangan kak Azie..lopeh la mengidam hihi..kemudian teringin lak buah kundang kak cik seroja. Mujur balik kampung hari tue dapat makan buah kundang. Selamat anak den hikhik...

Buat kak Diana Rashid, Kak Ida, Cma, Kak Munna, Suya , Pia dan semua blogger yang x sempat aku nyatakan di sini.. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak pada semua kerana kalian terlalu baik buat aku. Tak pernah sombong, lokek berkongsi ilmu... Thanks again!

Dan di kesempatan ini juga aku nak mohon MAAF pada semua rakan-rakan blogger, teman-teman maya , pembaca-pembaca belog Sinar Raudah , rakan-rakan yang mengenali saya samaada mengenali saya atas nama Amy Syaquena mahupun Zanariah , saya dengan rendah diri memohon maaf sekiranya sepanjang anda mengenali saya atau sepanjang saya berbelog saya ada menguris hati kalian semua, samaada di sengajakan mahupun sebaliknya.. Saya minta maaf. Begitu juga kalau ada yang berselisih faham dengan saya sebelum-sebelum nie saya mohon maaf dan saya juga telah lame memaafkan anda... Doakan semoga saya selamat melahirkan zuriat saya ini...












Aura White Pure L-Glutathione Collagen

$
0
0


New Packaging Aura White L-Glutathione 900,000mg with new improvement 5x stem cell from tomato, apple, rosselle, lotus snow, raspberry. Same price per jar with shaker included and free postage to your door step!

Harga Runcit yang kami tawarkan 

1 jar RM120 (SM) & RM130 (SS) 
Free Postage + 5 Free Gift - You Save 1 jar RM20 - RM30

Harga Borong yang kami tawarkan ;-

- 5 jar RM550 + Free Postage + 5 Free Gift  setiap jar 
- 10 jar RM1000 + Free Postage + 5 Free Gift setiap jar
- 20 jar RM1900 + Free Postage + 5 Free Gift setiap jar
 
# Add RM5 untuk sabah dan sarawak
# Mini stokis harus membuat pembelian sebanyak 
50 jar dan pihak kami akan berikan satu borong untuk anda isi...

BERMINAT
Call/SMS 019-2190372 ( Amy/Zana )
FREE POSTAGE ALL OVER MALAYSIA!!!!

AGENT DROPSHIP DI PERLUKAN


Kalau nak Cantik kenalah " melabur " sikit yer.. 

PILIHAN TERBAIK MENGGANTIKAN SUNTIKAN & RAWATAN LASER.
UNTUK MERAWAT KULIT KENDUR, KUSAM, KULIT TIDAK SEKATA, TIDAK BERMAYA, JERAWAT, MALASMA, PIGMENTASI, PARUT, JERAGAT, KULIT GELAP DAN EKZEMA.

Rahsia Kecantikan Artis Terbongkar!!!! Aurawhite Glutacollagen 900000mg. Rahsia Kulit Cantik dan Putih.
Produk yang sedang hangat di pasaran..Bukan sahaja terima order dari Malaysia, turut menerima tempahan dari negara-negara jiran..

Kesan AuraWhite yang Menakjubkan dan menyeluruh ok uolss HEAD to TOE gitu!!
> Produk pencerahan kulit yg pertama di Malaysia
> Menggabungkan 5 stem sel dari tomato, apple, roselle, lotus snow dan raspberry.
> Bahan-bahan utama dari L-Gluthathione dan Tilapia Collagen

KEBAIKAN AURAWHITE PGC 900 000MG :
- 50% PENCERAHAN KETARA DALAM MASA 1-2 MINGGU
- PEMULIHAN KULIT YG ROSAK & BERMASALAH
- KULIT LEBIH CANTIK & ANJAL
- ATASI KEDUTAN & GARIS HALUS
- PENCERAHAN KULIT LEBIH CEPAT
- MENGETATKAN LIANG ROMA
- MENGUATKAN, MENGHALUSKAN KUKU & RAMBUT
- MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN
- MEMBUANG TOKSIN DALAM BADAN
- ATASI MASALAH JERAWAT & JERAGAT
- AWET MUDA DALAMAN & LUARAN
- TIADA LAGI SAKIT SENDI
- MENGANDUNGI PREBIOTIK & 5 KALI STEM SEL
- SESUAI BAGI IBU MENGANDUNG
- TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU IBU
- KECANTIKAN KUKU & RAMBUT
- MEMBERI TENAGA YANG OPTIMUM
- KURANGKAN KOLESTROL
- HILANGKAN PARUT & SELULIT
- ATASI REKAHAN TUMIT KAKI
- TIDUR YANG BERKUALITI
- MELAWAN RADIKAL BEBAS
- SESUAI UNTUK LELAKI & WANITA

Beberapa PERSOALAN yang sering ditanya PENGGUNA:

a). 1 jar tu brapa gram? 900gm dekat sekilo tu tahan 2 bulan dari stok yg lama 400gm tu..
- ok 900 000mg adalah kandungan COLLAGEN & GLUTA yang tertinggi berbanding produk lain..

b). Rasa ia macam mana ye?
- Rasa manis2 anggur..masam2 roselle.. sedap.. kena cuba sendiri, baru tau..
cam air RIBENA gitu ..lbih kurangla

c). Jar tu plastik ke tin? Kang berkarat lak, bahaya tu..
- Bekas plastik yang cantik, macam tupperware.. Dah habis isi nanti boleh gantikan dengan biskut..hehe..

d). Alahan seafood/resdung boleh ambil?
- Boleh. Kolagen ia dari sumber akuatik - ikan talapia, tiada unsur marin. Bahan2 lain dari ekstrak buah juga sarang burung.. sangat bagus untuk kesihatan dalaman selain untuk mencantikkan kulit..

e). Jika ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis atau jantung boleh minum ke?
- Aura white selamat untuk semua. Ia minuman bernutrisi bebas gula dan pengawet. Jika makan ubat, jarakkan masa pengambilan 2 jam ke atas. Jika bimbang berlakunya tindakbalas yang teruk, cuba minum dengan dos yang sedikit dulu..

f). Berapa lama nak nampak halus, cerah, gebu ni?
- Jika konsisten 2 kali sehari, jaga pemakanan dan badan sihat, tentunya kesan terserlah pada kulit dalam tempoh 2 minggu sahaja dgn meminum air kosong min 2-3 liter sehari kesan lagi cepat..

RAMUAN BERKUALITI PREMIUM :
Diformulasikan dengan teknologi Jepun gabungan hydrolyzed tilapia kolagen, L-Glutathione, Vitamin C, 5x stem cell phytocelltec dari tomato, epal & roselle, lotus snow dan raspberry, hyaluronic acid dengan bahan semulajadi lain seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, papaya, sarang burung, astaxanthin & pinebark dimana ia bertindak 5 kali ganda mencerahkan kulit & membaiki struktur sel kulit. KESAN YG KETARA SELEPAS 14 HARI..

FORMULA LENGKAP :
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ianya membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta keupayaan pemulihan sel tisu.

RASA YANG LAZAT :
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan & kesihatan.

TANPA BAHAN TAMBAHAN :
100 % semulajadi & selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon, steroid dan bahan kimia oleh SGS.

* Sesetengah orang yang menggunakan produk kecantikan tidak nampak kesan atau bertambah teruk disebabkan masalah dalaman badan kita. Oleh itu saya syorkan anda pengambilan minuman AURA WHITE yang dapat selesaikan masalah anda Insyallah...

CARA-CARA PENGAMBILAN 
Cara Minum (2 Kali Sehari) 

- Bancuh 2 scoop Aura White dengan 120ml air sejuk menggunakan shaker. 
Minum 30 minit sebelum sarapan pagi (perut kosong).

- Bancuh 2 scoop Aura White dengan 120ml air sejuk menggunakan shaker. 
Minum sebelum tidur. Penyerapan zat khasiat lebih sempurna pada waktu malam.

*** 1 Bekas - 900gm, untuk kegunaan 6 mggu - 2 bulan dan berperisa berry lemon..








Borong Figure Up serendah RM35 Sebotol

$
0
0
FIGURE UP “KAPSUL DIET MAMPU MENURUNKAN 10-15KG SEBULAN”  Masalah berat badan menjadi masalah umum dalam masyarakat kini, penyebab utamanya ialah factor keturunan, kehamilan , pola makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Pelbagai cara telah dilakukan untuk menurunkan masalah berat badan seperti diet, bersukan, sedut lemak dan pengambilan bermacam-macam produk pelangsingan di pasaran. Namun berat badan masih tidak turun malahan semakin gemuk dan yang lebih parah apabila gagal berdiet kerana tidak dapat mengawal selera makan. Bagi mengatasi masalah tersebut, kini muncul produk pelangsing terbaik dan cepat menurunkan berat badan iaitu FIGURE UP.  Kapsul “Figure-Up” mengandungi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi seperti Garcinia Cambogia, ekstrak Teh Hijau, Citrus Aurantium dan Aloe Vera yang mempunyai fungsi pelangsing dan membakar lemak. “Dengan hanya 1 kapsul / hari anda dapat rasakan kelainan dalam masa sebulan (30hari).  Figure up mempunyai komposisi bahan yang sangat sempurna. Tidak memiliki unsur-unsur zat kimia berbahaya sehingga memberi kesan sampingan kepada pengguna. Figure up juga dapat membantu mengaktifkan sel-sel dalam tubuh dan membantu menghilangkan pengumpulan toksin yang ada didalam badan selama ini.  Ini membuktikan bahawa Figure Up memiliki fungsi sebagai suplemen untuk menurunkan berat badan dengan bertindak membakar lemak-lemak yang berlebihan dan berkesan membentuk di bahagian tangan punggung dan peha di mana kedudukan lemak yang mudah berkumpul. Tiada kesan sampingan seperti cirit-birit dan alahan.

“KAPSUL DIET MAMPU MENURUNKAN 10-15KG SEBULAN”

1 Botol - RM60 Free Postage
10 Botol - RM350 Free Postage

Berminat boleh PM inbox kami di Wholesale Mall2u atau terus hubungi saya di talian 
0192170372 - amy/zana


Fenomena Figure -Up sedang mengegar pasaran sekarang ini...... Mudah dan berkesan..... Cuma ambil 1 biji dan telan sebelum sarapan dan minum segelas air putih.. Makan macam biasa, tak perlu berdiet2....hanya banyakkan minum air putih. Lepas 5 hari tgk hasilnya......menakjubkan!!!!!!

* HALAL
* 100 Herba
* Blh amalkan ketika period
* Ibu yg menyusu boleh amalkan (anak 7bln ke atas)
* Mengandung tidak dibenarkan
* Tiada pantang larang dlm pemakanan

KETERANGAN PRODUCT : 
Masalah berat badan menjadi masalah umum dalam masyarakat kini, penyebab utamanya ialah factor keturunan, kehamilan , pola makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Pelbagai cara telah dilakukan untuk menurunkan masalah berat badan seperti diet, bersukan, sedut lemak dan pengambilan bermacam-macam produk pelangsingan di pasaran. Namun berat badan masih tidak turun malahan semakin gemuk dan yang lebih parah apabila gagal berdiet kerana tidak dapat mengawal selera makan. Bagi mengatasi masalah tersebut, kini muncul produk pelangsing terbaik dan cepat menurunkan berat badan iaitu FIGURE UP.

Semua Ingredient yg terdpt dlm Kapsul Figure-Up adalah 100% Bahan Semulajadi & ianya berfungsi unt melangsingkan badan serta membakar lemak dlm bdn....
Masalah berat badan menjadi masalah umum dalam masyarakat kini, penyebab utamanya ialah factor keturunan, kehamilan , pola makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Pelbagai cara telah dilakukan untuk menurunkan masalah berat badan seperti diet, bersukan, sedut lemak dan pengambilan bermacam-macam produk pelangsingan di pasaran. Namun berat badan masih tidak turun malahan semakin gemuk dan yang lebih parah apabila gagal berdiet kerana tidak dapat mengawal selera makan. Bagi mengatasi masalah tersebut, kini muncul produk pelangsing terbaik dan cepat menurunkan berat badan iaitu FIGURE UP.

Kapsul “Figure-Up” mengandungi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi seperti Garcinia Cambogia, ekstrak Teh Hijau, Citrus Aurantium dan Aloe Vera yang mempunyai fungsi pelangsing dan membakar lemak. “Dengan hanya 1 kapsul / hari anda dapat rasakan kelainan dalam masa sebulan (30hari).
Figure up mempunyai komposisi bahan yang sangat sempurna. Tidak memiliki unsur-unsur zat kimia berbahaya sehingga memberi kesan sampingan kepada pengguna. Figure up juga dapat membantu mengaktifkan sel-sel dalam tubuh dan membantu menghilangkan pengumpulan toksin yang ada didalam badan selama ini.

Ini membuktikan bahawa Figure Up memiliki fungsi sebagai suplemen untuk menurunkan berat badan dengan bertindak membakar lemak-lemak yang berlebihan dan berkesan membentuk di bahagian tangan punggung dan peha di mana kedudukan lemak yang mudah berkumpul. Tiada kesan sampingan seperti cirit-birit dan alahan.

KANDUNGAN :
Maltodextrin, Garcinia Cambogia, Green Tea Extract, Citrus Aurantium, Alor Vera.

FUNGSI BAHAN AKTIF:
1. Maltodextrin – Maltodextrin adalah dirantaikan pendek pati gula, agar-agar dasar hibrida, (dextrin), yang digunakan sebagai
bahan tambahan makanan. Hal ini dihasilkan juga oleh hidrolisis enzimatik daripada gelatinated pati dan biasanya dijumpai sebagai krem-putih higroskopik spraydried bedak. Maltodextrin mudah dicerna, diserap secepat glukosa dan mungkin juga akan cukup manis atau mungkin hampir tidak mempunyai rasa sama sekali. Kebanyakan Maltodextin dikelaskan dengan DE (dekstrosa ekuivalen) daripada 20 atau lebih tinggi.

2. Garcinia Cambogia - Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buahan Garcinia Cambogia sangat berkesan untuk menghalang pembentukkan lemak disamping bertindak mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga dan bukannya lemak. Ianya juga begitu berkesan untuk bertindak mengawal selera makan.

Kebaikan Garcinia Cambogia:
1. Berkesan menurunkan berat badan
2. Mengawal selera makan
3. Menghalang pembentukan lemak
4. Mengurangkan kolesterol
5. Menambah tenaga

6. HCA dalam garcinia combogia amat berkesan menahan kegemukan selepas memiliki berat badan idaman
7. Merawat masalah kemurungan, susah tidur, migrain, gastrik, kencing manis, darah tinggi.

3. Green Tea – Teh Hijau atau dikenali dengan nama Camelia Sinensis memang mempunyai pelbagai khasiat. Ia menurunkan berat badan ekstrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan, menurunkan tahap gula dalam darah, mengatasi keracunan makanan teh hijau dapat membunuh bakteria.pengambilan teh hijau yang pekat dapat merawat penyakit cirit-birit.dalam teh hijau mengandungi catechin yg berfungsi sebagai agen pembasmi kuman ketika berakunya keracunan makanan dan mencegah penyakit kanser pengambilan teh hijau dipercayai dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk esophagus,paru-paru,payu dara dan penyakit jantung..

4. Citrus Aurantium - juga dinamakan bitter orange. Ia diguna sebagai bahan mengawal berat badan.
Kebaikan Citrus Aurantium
-meningkatkan kadar metabolisma
-menurunkan berat badan
-bertindak mengawal selera makan.
-membantu membakar lemak,
-membantu sistem pencernaan berfungsi normal.

5. Aloe Vera – Antara kegunaan adalah untuk pelembap semulajadi, menghilangkan kesan lemak, membantu proses penghadaman dan atasi masalah sembelit

CARA MAKAN :
Dengan hanya 1 kapsul / hari anda dapat rasakan kelainan dalam masa sebulan (30hari)




19.Mei.2013 - Syukur alhamdulillah di atas kelahiran putera sulung saya

$
0
0


Syukur Alhamdulillah. The greatest praise to Allah. Antara rezeki yang tidak terhingga nikmatnya yang telah Dia kurniakan. Anak sulung saya Muhammad Amsyar Rizqin Bin Amirul Ridzuan di lahirkan secara ceaser  pada 19 Mei 2013 tepat jam 10.02 am. Semoga menjadi anak yang soleh, sihat selalu, bijak & pandai. Thank you to families & friends for your prayers







Produk Maixara C Sential di rampas kerana tiada KKM, ini penjelasanya..

$
0
0


BERANI KERANA BENAR..

Hari nie kecoh berkenaan PRODUK KECANTIKAN HARAM GUNA ARTIS POPULAR DI SERBU dan information yang di berikan more to maixara c sential.. kandungan, rasa, tablet, kelebihan produk dan satu lagi pengasas maixara memang ada butik mama dan kerana itu ramai juga la yang meneka produk yang di rampas itu adalah Maixara..

Saya cuba dapatkan penjelasan di offical fanpage Maixara coz hari nie terlalu ramai yang mesej bertanyakan hal tersebut.. Uolsss boleh lihat DI SINI 




So pada semua customer saya boleh la lihat di offical fanpage maixara dan di sini saya ada sertakan bersama print screen - FROM PN AINA WHATSUPP STOKIS GROUP.. Esok semuanya akan terjawab.. tunggu!!!


Sedikit perkongsian untuk mendapatkan zuriat.. Ikhtiar terakhir saya..

$
0
0
As'salammualaikum w.b.t...

Akhirnya, berjayaaaaaa juga update blog nie hihi.. Maaf la! dah lame aku x kongsi cerita kat sini.. Mood berbelog memang dah x de dalam diri aku lagi.. Sudah pelbagai cara aku cuba lakukan, tapi tetap juga x muncul tiba..jawabnya belog ini sudah jadi rumah usang yang tidak bertuan huhu!... Sedihnyaaa..

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa pada semua muslimin dan muslimat.. Tinggal beberapa hari saja lagi, semua umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri.. Pasti semua dah x sabar nak pulang ke kampung berjumpa sanak dan saudara kan?? Pape pun hati-hati semasa memandu dan kalau boleh rancanglah perjalanan anda pulang ke kampung agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas..

Hurm!!! Ramadhan sudah hampir ke penghujung tapi aku masih lagi tidak dapat menunaikan janji aku pada semua.. Bukan kerana terlupa atau apa tapi kerana aku kekangan masa untuk mengadap lappy lame-lame huhu! Pape pun aku minta maaf kerana terpaksa mengambil masa yang lame untuk aku penuhi janji-janji aku pada semua..

Sejak bergelar ibu nie, terlalu banyak mesej yang aku terima daripada rakan-rakan, samaada yang mengenali aku mahupun tidak.. bertanyakan tips atau ikhtiar aku sebelum nie. Dari sehari ke sehari aku nak kongsikan tapi tidak berkesempatan... So kepada mereka yang mengikuti kisah aku dari awal dulu sehinggalah kini, aku ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kerana kalian x pernah jemu membaca luahan demi luahan aku di sini...

Buat pengetahuan semua, putera sulong ku kini sudah berusia 2 bulan setengah dan selama tempoh itu jugalah aku sudah bergelar seorang ibu.. Hampir 4 tahun daku menunggu saat seperti ini.. Akhirnya alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk aku merasainya...

Dan buat pengetahuan semua juga, sebelum nie aku pernah keguguran 3 kali dan ini adalah kandungan aku yang ke 4.. Alhamdulillah, kali nie Allah izinkan aku untuk meneruskan kehamilan ini sehingga melahirkan.. Ye aku tahu bagaimana sakitnya hati bila sering di ajukan soalan yang sama oleh orang sekeliling kita.. Memang rasa nak marah, rasa nak nangis, rasa sedih dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur baur.. tapi semua tue kita kena harungi juga.. nak x nak kita terpaksa berdepan juga dengan mereka...

Pernah satu ketika dulu orang kata aku mandul, orang kata aku x nak ikhtiar, orang kata aku x de harapan lagi untuk mengandung dan yang paling sedih bila kawan sendiri cuba takut-takutkan aku dengan mengatakan suami akan cari lain sekiranya aku masih x mampu berikan zuriat..

Tapi alhamdulillah aku punyai suami yang sangat memahami.. setiap kali aku mengadu dan setiap kali itu jugalah dia beri semangat pada aku sehingga aku mampu untuk lawan semua perasaan tu..

Rasanya tiada lagi pasangan yang tidak mahu berikhtiar mahupun berusaha untuk mendapatkan zuriat.. Pasti semua orang yang senasib dengan aku akan terus berusaha dan berikhtiar sehabis yang termampu..Selebihnya hanya berserah kepada Allah..

Ikhtiar apa yang aku x pernah buat.. Apa saja petua yang orang bagitahu,semua aku buat.. Dari perubatan moden sehingga tradisional semua aku dah cuba. Produk kesihatan jangan cakap la, dari produk DCL, Sendayu tinggi, Biodex , lumiglow dan pelbagai produk lagi.. semua aku dah cuba dan hasilnya tetap sama, Allah masih belum izinkan aku untuk perolehi zuriat lagi..

Boleh di katakan dah berhabisan beribu ringgit juga la, semata-mata nak dapatkan zuriat.. Sampaikan aku naik give up.. Last sekali aku decide nak buat kaedah IVF je tapi di sebabkan aku boleh hamil dan pernah hamil sebelum tue jadi pihak hospital tidak membenarkan...

Aku tetap x putus asa.. Aku minta pendapat doktor untuk melakukan kaedah IUI pula.. Alhamdulillah doktor benarkan tapi malangnya aku GAGAL.. Masa nak buat kaedah iui aku stress sangat sebab time tue aku jaga arwah mak cik hubby yang sakit kanser payudara.. X cukup rest, dengan pengambilan ubat hormon yang banyak buat aku jadi cepat penat dan pening.. Akhirnya keputusan tidak menyebelahi ku..

Selepas pada tue aku nekad, x nak cuba apa-apa kaedah lagi.. Aku nak rest dulu dan nak muhasabah diri. Sebarang kemungkinan selepas itu aku terima dengan hati terbuka.. Alhamdulillah.. aku mula terima hakikat dan redha dengan apa yang terjadi.. Start dari situ, bila orang tanya, aku x lagi marah malah dengan tenang sekali aku jawab pertanyaan mereka.. dari sebelumnya aku x nak berjumpa orang akhirnya aku bersedia untuk berjumpa orang sekeliling..

Nak di jadikan sebab atau mungkin 3 kebarangkalian ikhtiar aku ini berhasil... Aku try ambil EPO sebab nak regularkan period balik.. Sebab selepas buat iui period aku jadi x teratur.. Dari sumber bacaan sebelum ini, EPO juga boleh membantu wanita untuk hamil.. 2 Bulan aku cuba ambil EPO dan alhamdulillah nak masuk bulan ke 3 aku dah lekat...

Dalam masa yang sama juga aku ada berubat dengan seorang pak cik ni.. Ada orang yang bawakan. Itupun sempat berubat sekali je, nak masuk kali kedua dah ada isi...Dan yang terakhir, biras aku ada suruh aku amalkan zikir setiap hari selepas solat. Alhamdulillah zikir nie sangat memberi impak pada aku.. Jiwa rasa tenang je.. dan selepas aku tahu aku hamil pun aku tetap amalka zikir ni..

Inilah ikhtiar terakhir aku sebelum aku di sahkan hamil.. Syukur alhamdulillah, sepanjang mengandung aku tidak mengalami sebarang komplikasi malah semuanya di permudahkan sehinggalah melahirkan... So pada yang sedang berusaha ke arah itu, boleh la cuba sama.. Niat dalam diri apa saja yang kita lakukan kerana Allah dan dengan izinNya...

Pernah cuba BIODEX tapi x serasi dengan diri... 
Setiap bulan mesti peruntukan seribu lebih untuk beli biodex..

Ini pula produk yang paling lame aku cuba.. 
Satu bekas ni RM285, aku dah cuba lebih dari 8 bekas
hasilnya x serasi dengan diri..

Alhamdulillah serasi dengan Evening Prime Rose


Hanya cebisan kertas biasa tapi ia cukup bermanfaat buat aku....






Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin

$
0
0

Tak sempat hantar kad raya jadi post kat sini je la ye! 

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN "
Ikhlas dari kami sekeluarga
Amirul Ridzuan , Amy Syaquena & Muhammad Amsyar Rizqin







Muhammad Amsyar Rizqin @ 3 months old

$
0
0

As'salammualaikum w.b.t...

Syukur alhamdulillah..Hari nie genap usia Amsyar 3 bulan.. Cepatnya masa berlalu.. Rasa macam baru je lagi perut nie di belah melahirkan Amsyar..tup!!tup!! dah 3 bulan berlalu.

Alhamdulillah Amsyar membesar dengan sihat.. Semakin besar semakin banyak peelnya.. mama dan abi suka!!! dapat lihat perkembangan Amsyar dari semasa ke semasa..

Walaupun banyak perubahan dalam kehidupan aku setelah adanya Amsyar..tapi aku dan hubby cukup bahagia sekali.. Kehadiran Amsyar melengkapi keluarga kami..

This coming sunday Amsyar akan dapat hadiah injection sempena usianya 3 bulan.. Harap anak mama x demam macam sebelum ni.. Amsyar kena kuat ye sayang.. sebab hujung bulan nie Amsyar nak kena ikut mama buat keje.. Maybe lebih 2 ke 3 minggu kita akan berada di luar kelantan.. Pasti hubby akan rindu Amsyar..

Amsyar masa baru di lahirkan..

Amsyar di usia 3 bulan...



Note: Thanks Cma.. amy baru baca entri awak.. terharu sangat dear ;)







Terlalu banyak testimoni produk yang menipu # gambar edit, camera 360

$
0
0

As'salammualikum w.b.t...

Hye Friends, hari nie just nak share mengenai gambar testimoni sesuatu produk yang bersepah dalam internet sekarang.. Ini sekadar pandangan aku ye! kalau ada yang tak suka atau x puas hati, aku minta maaf.. Dah name pun pandangan kan, so lain orang lain pandangan dan penerimaannya... betul tak?

Sejak kebelakangan ni, terlalu banyak gambar testimoni sesuatu produk yang x betul.. Tambah-tambah lagi dengan adanya camera 360, lagi bertambah-tambah la kebohongannya...

Walaupun aku juga salah seorang seller online tapi bab-bab gini aku memang x suka.. Nak berniaga lame biar la jujur dik nun.. Jangan la kau jual banyak produk pastu habis semua produk konon kau cuba.. pastu buat testimoni sendiri yang kononnya produk yang kau jual super duper berkesan.. kau edit sikit gambar pastu kau kongsi yang kononnya hasilnya mengalahkan kak Ton...

Ish..ish ish!! x baik dik nun meniaga macam tue... kalau kau terus amalkan sikap gitu x kan pergi jauh la kau.. Silap-silap hari bulan customer pun lari dengan tektik kotor kau tue..

Memang la orang perempuan ni laju kalau bab bab nak putih memutih nie.. Tambah-tambah lagi kalau tengok gambar testimoni yang glowing dan meletops tue. Terpengaruh selalu... Padahal sebelumnya dah tahu gambar edit.. tapi bila dah terpengaruh yang di nafikan sebelumnya pun semua jadi ok. 

Nanti bila dah makan mula la kecewa. Sebab makan bukan sebab kesihatan tapi sebab kecantikan. Lepas tu nak kesan dalam seminggu je seperti yang digembar gemburkan dalam internet. Wah kelas kau michael jackson pun amik masa bertahun nak putih taw hahaha... ---> pinjam ayat seorang rakan..

Bagi aku la, seorang pengguna dan seller kena betul-betul jujur.. Jangan la kerana nak mengaut keuntungan lebih, uolsss main kongsi je gambar yang terang-terang di edit.. Apa salahnya kongsi gambar yang sebenarnya.. Walau pun kesannya hanya sikit dan tidak seperti yang di gembar gemburkan, at least kita jual dengan ikhlas dan  jujur bukan semata-mata nak mengaut keuntungan..Jangan terlalu memberi harapan yang tinggi kepada customer, kelak kita yang akan rugi.. jadi fikir-fikirkan la ye....







Suami offer Samsung Galaxy Note II

$
0
0


Shopping! semua perempuan bila sebut pasal shopping..pasti suka kan?? Termasuk la dengan aku. Dah lame sangat rasanya aku x shopping.Tahun lepas boleh di kira dengan jari, berapa kali je aku kuar pergi shopping. Ini kerana tahun lepas adalah tahun aku belajar untuk mendisiplinkan diri. Papaboo aka en.hubby, selalu sangat cakap aku nie boros. Kaki tangan akan mengeletar kalau x dapat gi shopping... Kalau sakit pun boleh baik kalau dengar kata nak shopping. Perghhh!! Tercabar kau.. maka aku buktikan padanya yang aku juga mampu berubah.

Alhamdulillah aku berjaya buang tabiat buruk aku tue. Setahun aku menahan nafsu dari berbelanja yang bukan-bukan.. Kira kali nie betul-betul nekad la nak berubah dan hasilnya, aku dapat menabung dengan begitu disiplin sekali.. hahahaha! ayat bangga kau?? saja nak bagitahu hubby sebab sebelum ni dia selalu sangat komplen tapi bila aku dah berubah x de pulak dia nak puji hahahaha....

Ada juga aku cakap kat hubby baru nie, mama dah menyimpan papa x de pun nak cakap 'bagus ke..ok ke sebab dah boleh menyimpan dan bla bla bla..kira ayat yang boleh menyedapkan hati la.. tapi dengan slumber hubby jawab 'kalau nak buat sesuatu perkara biarlah ikhlas tapi bukan kerana minta di puji' adushhhh!!! kan dah kono.. hahahaha! hamek kau.

Bukan pe, bila time aku buat salah bukan main lagi hentam tapi bila aku dah berubah senyap je.. x nak la kata apa-apa...'hubby senyum je bila aku cakap gitu'... dalam hati ada rasa sedih gak.. kononnya la hahaha!

Baru nie adik datang sini, aku minta izin hubby bawa adik jalan-jalan sambil shopping dan hubby pun izinkan. Aku ada cakap gan hubby nak beli baju.. baju dah x de nak pakai.. hubby xde cakap apa pun just dia sent gambar melalui whatsapp ( boleh lihat di bawah ).... tersenyum kejap aku lihat gambar yang di hantar lalu aku membalasnya.. perli ke apa ni... dengan rasa bersalah hubby cuba explain.. xde niat nak perli ke apa.. cuma nak bagitahu hakikatnya... hahahahahaha!
Ada betulnya juga kan????

Gelak besar kejap. ok xpe kita tunggu waktu yang tepat baru balas balik. Aktiviti shopping jalan seperti yang di rancang. time tue berdua gan adik je.. Niat yang pada mulanya nak beli baju terpaksa di batalkan.. tukar beli kasut dan beberapa keperluan lain.

Keesokan harinya kami nak keluar bertiga pergi jalan-jalan. Setengah jam aku mencari baju nak pakai. Semua baju yang aku kenakan di badan tidak di persetujui oleh hubby. Ketat la! lengan pendek la! senteng la!.. So time tue apa lagi kasi hantam cukup-cukup la...

'Sebab tue la mama nak beli baju.. kebanyakkan baju semua papa dah x kasi pakai.. habis camner' hubby senyummmmmmmmmmmmmmmmm...... dushhh! kan dah kono balik hahahahahaha!...

Mungkin ada rasa bersalah tiba-tiba kelmarin balik dari keje hubby tanya. nak galaxy note 2 x???? wah mimpi apakah suami ku sampai nak belikan hp baru untuk isterinya.. Aku yang tersenyum manja, aceh manja la sangat sambil berkata ' nak belikan ke'?? belum sempat hubby jawab aku sendiri yang jawab.. buat masa ni x de rasa nak beli hp baru lagi.. 2k lebih rasa macam membazir je.. Wah! bangga laki aku dengar kejap.. sejak bila isterinya dah pandai tolak pelawaaan nie..

Tapi tue la, kalau hubby x buat camtue maybe sampai sekarang aku x berubah.. boros habiskan duit dengan benda yang tak berfaedah.. kadang yang ada pun x guna lagi dah nak beli yang baru.. terlalu ikutkan nafsu... harap pasni aku akan terus berubah.. chaiyokkkkkk amy! and thanks hubby..




Tahun baru 2014 di SINAR RAUDAH

$
0
0

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Hari ini bermulalah perjalanan hidupku di tahun baru 2014...semoga seluruh ahli keluargaku sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan ALLAH s.w.t.

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang tahun baru 2014... Syukur alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk bernafas dan berkesempatan hidup di bumi Allah ini.. Jangan sia-siakan peluang yang ada.. Berbanyakkan amalan baik di dunia mahupun bekalan di akhirat.. Semoga hidup kita semua lebih diberkati...

Masih ada azam tahun 2013 yang belum tercapai sepenuhnya. Semoga ALLAH s.w.t terus memberi kekuatan untuk ku melaksanakannya. Semoga terus istiqamah membuat perubahan besar dalam hidup ini. Biar secara beransur-ansur dan perlahan-lahan, janji yang penting ia berkekalan. Semoga dikurniakan hati yang ikhlas untuk jihad ini. InshaAllah..






3 tahun lebih menyulam kesedihan

$
0
0
As'salammualaikum.w.b.t...

Permulaan tahun baru yang kurang baik.. Baby Amsyar demam, hubby selsema, aku x sihat.. Mak datang dari kampung nak jaga aku, last Mak pun x sihat, demam.. Mujur la demam Amsyar x lame, cuma tinggal selsema je sikit lagi.. Hari nie nampak hubby macam dah ok sihat.. Demam mak pun dah kebah.. Alhamdulillah syukur..

Pagi nie buka FB sekali terbaca status sedih di wall rakan.. Tiba-tiba teringat masa lalu.. hahaha! masa lalu la sangat..

Dulu aku rajin update status gitu.. Semua cerita-cerita sedih, aku kongsikan di sini.. Orang yang baca dah naik menyampah agaknya sebab aku asyik update status yang sama berulang-ulang kali.. Menyampah ke?? Hurm ada aku kisah.. x suka kuarkan saja aku dari freindslist mu.. aceh dah macam tajuk lagu pulak hihi...

Ingat jari di tangan anda bukan di tangan ku... TEKAN BUTTON REMOVE habis cerita x yah sembang banyak buat sakit kepala buat pe kan... huh! tapi kalau rasa nak sakitkan kepala, nak sakitkan hati meh la baca sini..confirm sepapan panadol korang telan pun masih x hilang sakit kepala hahaha! sapa suruh cari penyakit dah di suruh remove x nak.. jadi terima la padahnya ngeeee ;) Dah dah jauh merapu dah nie..

Tadi masa baca status rakan tiba-tiba hati rasa sayu je..Ye la dulu hari-hari aku sedih.. hari-hari aku stress dengan mulut orang.. rasa tercabar je bila orang menghina.. rasa macam nak gigit je telinga orang yang dok cakap aku MANDUL.. rasa macam nak bagi penampar je pada orang yang saja suka-suka mak nenek dia dok tanya soalan yang sama banyak-banyak kali.. rasa macam nak bagi makan budu je kat mak jemah yang suka sindir-sindir tue..

TAPI bila aku fikirkan balik buat apalah aku nak amek pusing semua tue, buat bertambah stress je.. Sedih memang la sedih, sapa x sedih.. x de sapa dalam dunia ni nak sedih tapi x taw la pulak kalau ada orang yang x pernah rasa sedih dan nak rasa macam mane rasanya.. ada ke orang gitu???

Alhamdulillah 3 tahun lebih menyulam kesedihan dengan kisah duka yang silih berganti ,hadir dalam kehidupan aku, akhirnya ALLAH swt berikan aku sinar kebahagian dengan lahirnya Muhammad Amsyar Rizqin.. Siapa sangka aku boleh jadi ibu.. Setelah 3 kali kecundang, harapan untuk ke arah itu memang amat sukar sekali. Tapi itulah perancangan ALLAH tak siapa tahu..

Aku harap sangat pada rakan-rakan yang masih menunggu untuk memiliki zuriat sendiri.. Banyakan bersabar, cuba muhasabah diri dan redha di atas ujian yang di berikan.. Di samping itu cuba ikhtiar, sehabis yang boleh dan selebihnya serahkan saja pada yang maha Esa...InshaAllah bila sampai waktunya, Allah pasti akan makbulkan doakan kita.

Lepas ni dok update gambar anak je sure ada yang menyampah opss!!









Muhammad Amsyar Rizqin di usia 8 bulan

$
0
0
As'salammualaikum w.b.t..

Salam hujung minggu.. Terima kasih di atas komen kalian.. maaf kerana masih x sempat nak balas kunjungan semua, berikutan tuan tanah baru baik dari demam.. Last week daku dan family pergi bercuti ke Langkawi, balik dari sana terus demam dan batuk-batuk.. Alhamdulillah sekarang dah semakin ok.. SYUKUR!!!

Tahun nie memang dah niat nak kembali aktif berblogging tapi tue la ianya sekadar niat je la.. Daku x dapat nak bahagikan masa lagi.. harap sangat ada masa untuk aku update di sini dan blogwalking di blog kawan-kawan.. jangan terasa hati kalau masih tiada kunjungan balas.. InshaAllah ada kelapangan waktu sure aku singgah ye... SENYUM!!!

Thanks pada blogger Cik Tom dan Kak Diana.. Bila baca komen kedua blogger hebat ni, rasa semangat kaw.. jam-jam tu jugak la idea datang mencurah-curah.. Tapi!!!!  baru taip salam dah Amsyar ajak main.. Adeh! x pe la Amsyar harus di beri keutamaan... pape pun thanks sis, inshaAllah kalau ada masa amy akan update cerita-cerita berkenaan Amsyar...

Hari ini 19/1/2014 genap usia Amsyar 8 bulan.. Bila dah masuk 8 bulan nie lain pulak peelnya.. Kalau 7 bulan dulu Amsyar asyik menangis je.. Jenuh la panggil ustaz datang rumah, tengokkan Amsyar.. Pulihkan rumah.. Sekejap je ok pastu nangis balik... Amsyar x nak duduk dalam rumah asyik nak dok kat luar rumah je.. Memang kesian tengok Amsyar time tue nangis sampai bengkak-bengkak mata, kadang tue sampai tertido..

Lastnya dengan atuk perak juga baru ok.. Ayah kata sawan tangis.. lepas ayah buatkan untuk hilangkan sawan tangis, alhamdulillah Amsyar dah ok dan x nangis lagi.. YEAHHHH!!! mama x susah hati lagi.. Hilang rindu mama dengan telatah Amsyar sebelum ni, yang manja dan suka buat muka sweet yang kadang kala buat mama rasa nak gigit je pipi bambam dia hihi...

Amsyar dah ada gigi dan kerana itu dia suka sangat mengigit time menyusu.. Sakit ow! huhu... sekarang dah kuat makan..Daging pejal-pejal sampaikan baru ni gi kenduri orang dok ingat Amsyar dah setahun.. Sangat peramah orangnya.. macam mama dia la kan haha! kalau ikut hubby sure pemalu... Bawa gi jalan, suka tegur orang dan mudah lemparkan senyuman... Banyak mulut pot pet pot pet.. panggil mama dah boleh tapi panggil abi jadi ABU.. APTB! hahaha..frust abinya ngeee...

Baru ni risau jugak sebab Amsyar x nak menyusu sangat.. Hari-hari mama paksa sebab x nak bengkak susu.. Nak punp letak dalam frizer, Amsyar x nak minum nanti sebab dia x suka dengan botol susu.. tapi Alhamdulillah la mujur x lama.. lepas baik demam dia mula nak menyusu balik.. Kalau x, jenuh la mama menahan sakit bengkak susu huhu!

Amsyar x suka menyusu botol.. Dah jenuh ajar dari puting biasa sampai la yang mahal tapi tetap sama.. Dia cam jijik je nak hisap dan kerana itu sehingga hari ini Amsyar x hisap puting. YES!!! itu memang aku dah niat dari awal x nak ajar Amsyar hisap puting kosong.. Buaian pun sama..aku memang x ajar Amsyar tidur buai, walaupun tok wan dia ada belikan buai tapi Amsyar x nak tidur buai..dia lebih selesa tidur atas tilam.Alhamdulillah.. kalau x, jenuh jugak la mama gan abi bawa buai kalau travel jauh-jauh kan huhu!

Ada 2 peel Amsyar yang masih x hilang sehingga kini.. Suka naik kereta dan dengar bunyi Azan... Kalau nangis teruk macam mane pun, bawa naik kereta mesti senyap.. kereta x jalan pun x apa, janji boleh duduk dalam kereta.. Bunyi azan pun sama.. Kalau tengah tidur, dengar bunyi azan boleh bangun tengok tv dulu pastu sambung tidur balik.. Abinya pun suka pasang volume kuat-kuat, setiap kali bunyi azan..Amsyar kalau tengah nangis pun automatik boleh senyap..

Sekarang Amsyar dah pandai nak mengikut. Kesian abi, pagi-pagi nak gi kerja.. bangun kena senyap-senyap.. takut Amsyar sedar nanti dia jerit nak ikut. Amsyar pantang lihat orang pakai cantik-cantik, mesti dia nak ikut. Kalau mama pakai tudung, cepat-cepat dia hulur tangan soh dukung.. Kalau x ambil, mesti jebek.. haha! Amsyar- Amsyar..

Ok la cukup dulu cerita pasal Amsyar.. Jom layan gambar kami 3 beranak..

Nama saya Muhammad Amsyar Rizqin.. Ramai yang panggil saya Amsyar tapi atuk Nan dan Oma Aisyah panggil saya Rizqin.. Saya dah 8 bulan sekarang..
Saya sudah 8 Bulan 

Our Family.. sekarang bertiga InshaAllah nanti berempat hihi...

Mama x sabar nak adik pempuan, Amsyar di jadikan mangsa..

Abi kata muka saya macam dia? Betul ke.. TAPI!!!
Ramai yang kata saya macam mama, see terserlah hidung mama hahaha! ;)

Pelik-pelik mama saya sekarang.. Mujur ayah usu ada..

Abi dah ada geng sekarang..

Sekian....









Telatah Amsyar sejak dah pandai merangkak dan ada gigi 4 batang

$
0
0

As'salammualaikum w.b.t...

Entri keempat bagi tahun nie.. Punya la payah nak update blog. Kalau dulu sehari boleh buat 2, 3 entri tapi kini tidak lagi.. Semangat tu ada, idea pun datang mencurah-curah tapi mak cik M pulak datang, jawabnya simpan je la hasrat di hati nak update Sinar Raudah..

Just nak cite pasal budak tenet saya.. Amsyar macam kurang cergas je hari ni.. Maybe sebab gigi kapak tumbuh buat dia kurang selesa.. Kejap-kejap merengek.. kejap-kejap menangis.. ada je yang x kena.. Makan pun x nak.. Asyik kena paksa je.. Mujur la menyusu dia nak..

Bila umur Amsyar dah 8 bulan ni, banyak perubahan kat dia. Kata mak tu peel budak akan berubah-rubah.. Amsyar sekarang banyak main.. Tubuh dia pun dah susut sikit.. Makan kurang, tido kurang.. asyik nak main je...Tambah sekarang dah ligat merangkak.. Jenuh wei! habis semua benda dia kutip masuk dalam mulut...

Kalau kita makan apa-apa jangan la nak makan atau tayang kat dia.. Mesti dia pun nak sama.. Baru-baru nie ada berhenti makan kat Tasek Raban.. Dia nampak air atuknya menjerit-jerit cakap air air... Bila dah bagi sikit nak lagi..last air atuk jadi air dia...Makan pun sama, orang makan laksa dia pun nak makan.. tapi yang pelik kita bagi rasa nak lagi walaupun makanan tue pedas.. Alhamdulillah la.. setakat hari ini x de lagi dia sakit perut ke apa..

Amsyar nie seorang baby yang aktif.. x reti dok diam dan sangat ramah dengan orang.. Kalau nak dengar dia banyak kecek, dengar la time dia makan.. masuk je makanan dalam mulut, dia pun mulalah membebel.. Dah pandai minta air...Suka dengar lagu.. dalam kereta kita pasang lagu, dia pun sibuk nyanyi tapi versi dia la sambil kaki kanan dia goyang-goyang sama..

Sangat lucu.. lagi lucu dia dah pandai buat memek muka.. kedip-kedip mata dan ada style gelak tersendiri, aku panggil gelak semput yang bunyi sangkut-sangkut tu hahahaha!.. kalau kita marah dia cepat-cepat dia rebahkan kepala kat bahu kita.. Terus mama x jadi marah.. Bukan pe sejak dah ada gigi nie kejenya asyik nak mengigit je.. Paling x best time menyusu adoi sakitnya la... Baru ni ada 2 batang gigi bawah, ni dah kuar lagi 2 batang gigi atas.. adeh seriau wei kalau time nak bagi susu..

Perkara yang buat aku suka sangat bila kita ajar satu-satu benda kat Amsyar, dia dah mula mengikut.. contoh say bye.. dia terus angkat tangan lambai.. excited dah boleh bye bye sampaikan kapal terbang lalu kita cakap bye bye cepat je dia lambai tangan, padahal kapal terbang lalu kat belakang tapi dia lambai kat depan hahaha! x pe la asalkan dia boleh bagi respon, ok dah. Amsyar dah pandai tepuk tangan, dah pandai tunjuk 1, flying kiss, tutup buka mulut dengan tangan dan beberapa perkara lain. Setiap hari aku jadi x sabar nak lihat keletah Amsyar..




Viewing all 45 articles
Browse latest View live