Quantcast
Channel: Sinar Raudah
Viewing all 45 articles
Browse latest View live

Bahayanya Collagen Plus Vitamin E.. Gara² harga murah, muka jadi rosak teruk...

$
0
0

As'salammualaikum w.b.t...

ALHAMDULLILAH..masih lagi bernafas di bumi Allah ini.. Syukur kerana masih berpeluang berkongsi cerita di sini. Untuk hari ni aku just nak Share sedikit pengalaman ngeri aku baru-baru nie..

TO BE HONEST aku memang terharu sangat dengan sambutan customer terhadap produk Collagen Plus Vitamin E.. Mula-mula dulu set CPVE nie memang mahal.. Kalau x silap aku, 1 set dalam RM45 tapi sejak 2 menjak nie harganya tersangat la murah.. Tambah lagi aku beli berdozen-dozen.. Harga bertambah-tambah la murah...

Kalau dulu aku jual mahal sekarang murah je.. Ya la dah beli borong dapat la murah, x kan la nak jual mahal kan.. x mau amek untung banyak-banyak..

Adik aku kalau gi mana je mesti bawa set CPVE.. X pernah lagi la x laku, set CPVE ni tersangat la laris macam goreng pisang panas... Setiap hari ada je orang beli samaada secara runcit mahupun borong...

Bila lihat orang ramai pakai, terpengaruh la juga.. Sampaikan ada satu hari tue, nak di jadikan cerita krim muka aku habis.. So aku pun pakai la CPVE sebab stok jual memang ada je kan.. Aku pakai dalam 4 hari je..ok la not bad.. hari-hari dok tengok muka kat cermin, x sabar nak tengok perubahan..maklum la baru nie ada gi langkawi, so muka ada sunburn sikit huhu! Dalam dok syok pakai, tiba-tiba aku ada terbaca satu artikel di FB berkenaan dengan CPVE.. Apa lagi terus stop dari pakai...takut down, muka dari ok tiba-tiba jadi nenek lampir lak huhu!

Bila dah stop, aku ingatkan x de la apa, sekali kesannya adeh! nak menangis weiiiii... Muka yang aku berangan nak lagi gebu gabas bertukar jadi hancus... Tue baru pakai 4 hari taw, kalau lebih dari tue, x taw la apa jadi.. Maybe untuk masa sekarang, nampak ok putih gebus tapi untuk masa akan datang mau muka jadi macam nenek lampir.. Sampai bila nak bergantung dengan produk je kan... Pada yang dah pakai atau sedang pakai tue, fikir masak-masak.. Aku just kongsi pengalaman je.. X mau la mengaut keuntungan semata-mata sehingga terlupa pada kesan yang bakal menimpa si pembeli atau si pemakai..

Mesti ada yang akan cakap, ala pakai yang FAKE memang la camtue jadinya.. Cuba pakai yang original mesti x jadi camtue huhu! Ok meh sini rapat-rapat akak nak bagitahu.. Uolsss fahamkan betul-betul ye..

Untuk pengetahuan semua, set CPVE yang aku jual adalah direct dari INDONESIA.. Di indonesia ada 2 kilang berbeza yang mengeluarkan produk CPVE nie.. Produk yang sama cuma pengeluar yang berbeza.. Faham kat sini betul-betul ye..So tiada istilah ORIGINAL or FAKE..

Ok cara nak membezakan pengeluarnya, "aku bagi contoh kilang A dan kilang B".. Uolss boleh lihat pada kotak, sabun dan krim tidak 100% sama. Di bawah ni aku ada lampirkan gambarnya.. Kedua-duanya pun aku ada jual sebelum nie..


Sabun CPVE


Set CPVE sabun, krim siang & krim malam


Beza warna pada kotak


Uolsss boleh lihat di sini detik-detik ngeri aku selepas pakai CPVE.. pakai secara tidak sengaja, cukup membuatkan aku rasa menyesal sangat-sangat..Mujur la masih dapat di selamatkan, kalau x menangis x berlagu wei...


Selepas stop pakai CPVE.. Wajah ku jadi begini.. Bak kata pepatah, umpama cendawan tumbuh selepas hujan.. Merah-merah dan siap bernanah-nanah lagi.. Kalau en.hubby sendiri tengok x lalu apatah lagi tuan empunya diri.. nak tengok muka kat cermin pun x sanggup. Down gila dowh! jangan kata nak jumpa orang, nak jumpa mat bangla aku pun malu huhu!


Gambar ni pula dari pandangan tepi.. Time nie jerawat baru nak kuar.. nampak macam sikit je kan tapi selepas beberapa hari.. Ya Ampun lagi teruk dari dahi huhu!.. Bertambah x best, muka jadi lebam, tempek la foundation tebal mane pun tetap nampak kehodohannya huhu!



Bila muka dah semakin teruk.. Aku biarkan saja.. X nak pakai apa-apa dah.. Bagi kulit betul-betul free dari sebarang krim.. Just cuci muka dengan sabun pastu biarkan je.. Selepas seminggu baru aku berani pakai krim yang biasa aku pakai.. Alhamdulillah 10 hari aku pakai, jerawat semakin kurang dan selepas 2 minggu muka jadi bersih.. Time nie memang rasa lega sangat.. Jerawat dah x de, bekas jerawat pun hilang.. Muka jadi bersih, kulit pun licin je.. pori-pori yang dulu terbuka kini tidak lagi dan yang paling best kulit dah x  kusam lagi..

Sekarang uolsss boleh fikir sendiri.. samaada nak rosakkan muka dengan pakai produk murah atau kuarkan duit lebih sikit untuk beli produk yang selamat untuk di gunakan.. Hari nie kita kuar duit sikit tidak mustahil yang akan datang anda akan kerugian berlipat kali ganda lagi.. Jadi fikir-fikirkan la ye :)

Note: Nanti aku akan sharekan produk yang menyelamatkan kulit muka aku daripada rosak.. Walaupun kesannya tidak secepat produk CPVE dan ianya mengambil masa lebih 2 minggu untuk pulih sepenuhnya tapi aku tetap berpuas hati..




10 jenis racun dalam kosmetik dan salah satunya ada pada produk CPVE - Collagen Plus Vitamin E

$
0
0

As'salammualaikum w.b.t..

Alhamdulillah walaupun baru-baru ni, daku di kecam hebat oleh pelbagai pihak di laman sosial facebook tapi aku tetap bersyukur kerana masih ada lagi orang yang faham dan mengerti akan apa yang cuba aku sampaikan.. Sharing is caring kan, PEACE..

Simple je sebenarnya, take it easy.. kalau x suka x payah baca.. ignorekan saja.. Orang zaman sekarang nie bukan macam dulu.. Dah tahu menilaikan sendiri.. Kalau aku x post pasal CPVE pun, mungkin orang lain yang akan post dan lambat laun orang akan tahu jugak..

Aku x de nak menuding jari pada sesiapa pun. Just kongsi pengalaman aku je.. X kisah la kalau anda seorang pakar dalam bidang kecantikan ke apa.. anda ada hak untuk menyuarakan pendapat dan begitu juga dengan aku tapi aku x de la sampai nak kecam pendapat orang lain.. aku terima seadanya.. Maybe pendapat kita berbeza tapi tidak bermaksud aku nak menutup periuk nasi orang ye..

Hak masing-masing.. Duit sendiri yang beli, muka sendiri yang nak pakai.. so risiko pun sendiri la tanggung kan.. Cuma as a human, x salah kalau kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain..

Pada seller-seller pula jangan la terasa hati.. Aku x de niat pun nak menutup periuk nasi korang.. Ingat satu je 'Rezeki Allah itu luas'.. x pe kalau kita rugi untuk kebaikan dari kita terus memudaratkan orang lain..

Kepada pengguna CPVE hak di tangan anda, kalau anda rasa selamat nak gunakan produk tue, teruskan... Kebanyakan feedback yang aku terima dari pengguna semua nak mempertahankan produk ni..so teruskan... Cuma satu je aku nak pesan, barang murah ni, faham-faham sendiri la ye.. Ibarat kita beli barang mahal dan murah.. Rupa sama tapi yang membezakan kualitinya.

Ok sebelum daku tutup cerita mengenaiCPVE ni.. minta ulosss baca dan faha betul-betul bawah nie..

10 JENIS RACUN DALAM COSMETIK

1.MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA
Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet setelah parabens. Bahan utamanya adalah formaldehida, yang dikenal untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesehatan manusia. Dapat menyebabkan dermatitis (radang kulit), luka bakar, inflamasi, dan pengeluaran air mata.

2. METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN
Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteri dan untuk memperpanjang batas waktu kadaluarsa produk. Meskipun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Efek yang mungkin terjadi adalah timbul banyak reaksi alergi dan ruam kulit.

3. PETROLATUM
Hindari petrolatum atau parfum berbahan petrolatum, karena ini merupakan sebuah byproduct dari produksi minyak bumi atau bensin.

4. PROPYLENE GLYCOL
Idealnya, ini adalah gliserin sayuran yang dicampur dengan alkohol yang terbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemukan pada beberapa produk kosmetik dan pembersih wajah. Zat ini dapat menyebabkan kemerahan pada kulit dan dermatitis kontak. Bahkan penelitian terakhir menunjukan bahwa zat ini juga dapat merusak ginjal dan hati.

5. PVP/VA COPOLYMER
Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lainnya. Dianggap dapat beracun, karena partikel-partikelnya dapat menyebabkan masuknya benda asing pada paru-paru orang sensitif.

6. STEARALKONIUM CHLORIDE
Stearalkonium klorida dikembangkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini dapat menyebabkan reaksi alergi.

7. SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)
Zat sintetis ini biasanya digunakan pada produk sampo untuk membersihkan dan menciptakan banyak busa. Efek yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut rontok, ketombe pada kulit kepala dan reaksi alergi. Sering kali kandungan zat ini disamarkan dalam pseudo-kosmetik alami dengan penjelasan dalam tanda kurung “berasal dari kelapa.”

8. SYNTHETIC COLORS
Bahan sintetis warna diyakini sebagai penyebab kanker. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali-kali menggunakannya.

9. SYNTHETIC FRAGRANCES
Wewangian sintetis yang digunakan dalam produk kosmetik mengandung sebanyak 200 zat kimia berbahaya. Bila Anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya bisa diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini dapat mengakibatkan efek samping seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper-pigmentasi, kekerasan batuk, muntah dan iritasi kulit.

10. TRIETHANOLAMINE
Sering digunakan dalam kosmetik untuk mengatur PH dan sebagai dasar bagi banyak produk pembersih. TRIETHANOLAMINE dapat menyebabkan reaksi alergi, termasuk masalah mata dan kekeringan pada rambut dan kulit. Bisa beracun jika diserap ke dalam tubuh dalam jangka waktu yang panjang.

Lihat No 2 dan no 10.. 
Selebihnya fikir uollsss boleh fikir sendiri... 
Credit info Shawluver







Muhammad Amsyar Rizqin 9 bulan

$
0
0


As'salammualaikum w.b.t...

Nak tepek gambar budak ni la... Yeahhh!! sekarang saya sudah 9 bulan.. Hari-hari saya buli mama saya.. Semua benda yang mama buat saya pun nak buat sama. Semua benda yang mama makan, saya pun nak makan sama.. Kalau mama x kasi nanti saya jerit kuat-kuat sampai satu kawasan rumah nie boleh dengar... Saya nangis kuat taw.. orang kalau dengar mesti ingat saya kena dera..

Mama saya belikan banyak toys.. Tapi botol air, sudu dan plastik juga yang saya suka main.. Saya dah x suka tengok tv tapi saya suka layan you tube.. Hari-hari, mama akan pasangkan saya video lagu IMAN MUTIARA sampaikan dekat handphone mama pun ada.. Saya suka lagu tue je, lagu lain saya x layan...

Oklah saya nak tidur dulu.. bye!!!!!!!!!!!











Amsyar tertelan plastik bedak

$
0
0
As'salammualaikum w.b.t..

Hari nie Amsyar banyak sangat mulut.. Pot Pet Pot Pet mulut dia bercerita.. Penat bermain dia merangkak kat aku tanda dia nak susu.. So aku pun bagi la Amsyar menyusu sambil di tangan Amsyar pegang botol bedak pureen yang masih belum guna..

Habis menyusu dalam 20 minit gitu, aku pun biarkan Amsyar bermain di atas tilam dan tinggalkan sebentar untuk ke toilet.. Masa keluar toilet, aku lihat Amsyar dok mengunyah.. Aku pun terus melulu ke arah Amsyar sambil aku masukkan jari ke dalam mulutnya... Tapi malangnya x de jumpa apa-apa.. Amsyar cuma sendawa je..

Masa dukung Amsyar aku pun cium pipi  dia.. tiba-tiba aku terbau bedak.. Cium lagi pipi ada lagi bau, lagi kuat kat mulutnya.. Aku pun terfikir Amsyar makan bedak ke.. Tengok pada bedak, bedak x buka lagi.. Mane Amsyar taw nak pusing tutupnya.. Tapi plastik bedak dah x de...

Berderau darah aku.. Pas pada tue Amsyar dok sendawa je lebih 4 kali jugak la.. Lagi la aku cuak + panik.. Aku call hubby bagitahu.. Hubby cakap x mungkin sebab plastik kot.. Masa ni badan aku dah mengigil.. Risau x hingatnya huhu!!

Call adik pempuan aku bagitahu.. adik cakap x de la, dia pun sedapkan hati aku.. X puas hati bagitahu lak kat MIL dan FIL.. FIL bagitahu x mungkin kalau telan plastik mesti dah jerit sakit kat kerongkong dia.. Aku tetap x puas hati sebab plastik botol bedak tu dah x de.. Aku cari merata habis cadar semua aku kibas tetap x jumpa..

Mesej hubby lagi bagitahu.. Hubby suruh aku releks, jangan panik.. Amsyar pun ok je x de nangis malah banyak kecek lagi ada..

Aku tetap degil juga, sebab plastik tue x jumpa.. So aku soh mil pengangkan amsyar jap aku nak mandi siap-siap nak bawa ke klinik.. Sekali nampak plastik tu lekat kat perut aku.. Adeh!!! masa bila pulak la Amsyar gi letak plastik ni kat perut aku...

Mesej hubby bagitahu.. x nak call nanti sure hubby gelakkan aku.. Mesej adik bagitahu Amsyar ok dah.. Adik pula call nak taw cite, nak x nak aku cite la.. Pecah perut adik aku gelakkan aku huhuhu!...

Keluar bilik bagitahu MIL dan FIL aku.. sekali lagi kena gelak.. Call mak kat kampung bagitahu, mak pun gelakkan aku.. Cerita kat kawan-kawan kat group sebab dorang dok tanya apa jadi.. Dorang pun gelakkan aku. huhuhu! sian aku kan..panik sangat sampai jadi gitu...

Uolss yang baca ni jangan gelak ye.. simpati la dengan nasib ku hari ni.. memalukan diri sendiri betul. Panik punya pasal habis semua orang risau.. Endingnya daku yang terover panic.. Menurut kata rakan ku tadi, budak gatal gusi memang akan selalu mengunyah.. Sendawa tu sebab dia baru lepas menyusu..

Aku x terfikir langsung, apa yang aku fikirkan plastik bedak je.. Tu yang sampai menangis bagai huhu.. Oklah sekian saja story hari ni...  bye!









Tragedi amsyar jatuh bilik air, mama sampai fobia nak mandikan amsyar

$
0
0
As'salammualaikum w.b.t...

Petang semalam adalah situasi yang sangat mencemaskan aku di mana amsyar terjatuh dalam bilik air masa nak mandi.. Menjerit aku bila lihat anak tersungkam ke lantai... Dah la beberapa hari lepas, dia tergelincir dalam sinki tapi mujur x ada apa-apa.. Hari nie jatuh lagi tapi kali nie nampak kesan biru dan benjol di dahinya.. En.hubby amek dan dukung amsyar sambil pujuk dan tuamkan dahinya..

Ligat juga amsyar nangis semalam.. Sampai menggigil badan aku di buatnya bila lihat anak menangis sampai x keluar suara.. Ya Allah cuainya la aku..

Semalam lepas bersihkan amsyar poo poo, aku nak mandikan la dia terus.. Dalam aku nak angkat amsyar masuk dalam bath tub.. tiba-tiba tangan aku cramp dan x boleh bergerak.. Tangan kanan je yang pegang amsyar.. Amsyar pulak dok melonjak-lonjak.. x sempat nak peluk dia, dia dah jatuh ke lantai..Mujur la time tu aku duduk atas bangku, kalau aku diri x tahu la camner.. Tu pun aku dah rasa tinggi dia jatuh..


Gara-gara tergelincir dalam sinki baru ni.. FIL pesan suruh mandikan amsyar dalam bilik air je.. Mandi dalam bilik pulak, amsyar x nak mandi dalam Baby Bather.. Masa dia kecik je nak.. Sekarang bila letak je mesti dia jerit x nak...Sama juga kalau mandi dalam besen baby.. Dia tetap x nak.. jadi aku mandikan samaada dia berdiri atau duduk dalam bath tub..

Masalah aku sekarang ni satu je, tangan aku nie.. Tahun lepas aku ada jatuh masa mendukung amsyar.. Tangan aku ada mengalami masalah sikit di mana masa jatuh tue, tangan sebelah kiri menahan ke lantai, lalu sendi di pergelangan tangan mengalami masalah.. sendi ada lari sikit dan sehingga ke hari ini masih x ok lagi.. Dekat setahun jugak la.. Mengurut dah banyak kali tapi tetap gitu jugak..


Mengurut sudah..pakai gad tangan pun sudah tapi tetap x ok jugak.. Hubby suruh pergi hospital tapi aku pulak takut.. takut kalau kena operate.. Sebab hari tu masa check dekat pakar perdana, doktor ada bagitahu kalau x ok kena operate.. Adeh!! lemah betul aku kalau dengar operate-operate ni huhu..

Bila degil x nak pergi hospital, maka terpaksa la lalui perkara yang sama.. Tangan cramp dan x boleh bergerak.. Amsyar pulak tengah lasak sekarang nie, jadi faham-faham je la.. Lepas kejadian semalam aku jadi trauma nak mandikan amsyar.. Aku takut kalau-kalau perkara yang sama berulang lagi.. adeh x de ke cara lain untuk pulihkan tangan aku ni huhu!..

Beberapa keping gambar Amsyar yang terbaru..besar dah budak tenit nie, kurang 3 hari lagi cukup 11 bulan...

Baru lepas bangun tido, terus ambil gambar..
mama ambil beberapa hari yang lepas..

Jalan-jalan di eon pengkalan

Siap nak gi G-Orange..


Note: Pagi nie benjol di kepalanya ada kurang sikit.. Tapi masih x sanggup nak tengok, sian Amsyar..tido malam tadi amsyar asyik mengingau nangis... maybe terkejut jatuh tue kot.. SORRY amsyar huhu..




Viewing all 45 articles
Browse latest View live